Sering kali kita mendengar di penghujung firman Allah swt ada mengatakan "...Lebih baik jika kamu mengetahui" Jadi, terdapat sebuah kisah yang boleh di jadikan iktibar dengan membawa maksud firman tersebut.
Pada suatu pagi yang indah dan tenang, di dalam sebuah bas kelihatan suasana begitu aman dan damai. Para penumpang di dalam bas asyik dengan hal masing-masing. Ada yang sedang kusyuk membaca, ada yang sedang menikmati permandangan luar sambil mendengar lagu menggunakan earphone dan ada juga yang terlena. Tiba di sebuah perhentian bas, maka naik lah seorang lelaki tua bersama dua orang anak lelaki nya yang yang berusia lingkungan 5 tahun dan 7 tahun.
Keadaan yang tadi nya begitu tenang dan aman damai, kini menjadi hinggar-binggar dengan kehadiran lelaki tua itu bersama anak-anak nya. Anak-anak lelaki tua itu mula membuat bising dengan berlari-lari di dalam bas dan mula menganggu peumpang-penumpang yang ada. Mereka menjadi kurang senang dan berasa amat terganggu dengan kehadiran kanak-kanak itu. Apa yang membuatkan mereka menjadi semakin berang apabila melihat lelaki tua itu yang juga bapa kepada kanak-kanak tersebut hanya duduk berdiam diri tanpa menegur tindakkan anak-anak nya itu.
Kemudian, ada seorang pemuda yang turut berasa marah dan kurang senang dengan suasana yang sejak tadi nya tenang kini semakin kecoh. " Hish, pakcik ni buat tak tau je anak-anak dia bising dan menganggu orang lain! " Bentak hati kecil nya. Dia mula berkira-kira sendiri samada mahu menasihati lelaki tua itu atau membiarkan keadaan yang hinggar binggar itu terus berlaku. Setelah beberapa minit berfikir, dia membuat keputusan untuk menegur lelaki tua itu.
" Pakcik, kenapa pakcik biarkan anak-anak pakcik membuat bising dan menganggu penumpang-penumpang di dalam bas ni? Semua orang kurang senang dengan anak-anak pakcik," Tanya pemuda itu dengan penuh berhemah walaupun tegas bunyi nya.
Lelaki tua itu mengeluh perlahan, lalu menjawab," Pakcik bukan tak mahu menegur mereka. Tapi sebenarnya pakcik serba-salah,"
"Kenapa pula serba salah pakcik?" Pemuda itu berasa hairan.
"Untuk pengetahuan kamu, ibu mereka sudah seminggu di masukkan ke hospital kerana menghidapi penyakit yang kronik. Mereka tidak di benarkan berjumpa dengan ibu mereka sepanjang tempoh seminggu itu. Oleh kerana rindu, mereka menjadi murung dan tidak mahu makan. Dan semalam, pihak hospital menelefon pakcik dan mengatakan bahawa mereka di benarkan untuk bertemu dengan ibu mereka. Bila pakcik sampaikan berita itu, mereka sungguh gembira dan kembali ceria. Pagi-pagi lagi mereka sudah bangun lebih awal dari pakcik dan tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan ibu mereka . Tapi..sewaktu pakcik dan anak-anak pakcik tu keluar dari rumah, pakcik dapat satu lagi panggilan dari pihak hospital...mereka mengatakan bahawa isteri pakcik iaitu ibu kepada mereka sudah pun pergi meninggalkan kami bertiga..Cuba kamu fikir, jika kamu di tempat pakcik, tergamak kah kamu untuk menjelaskan berita itu kepada mereka? " Jelas lelaki tua itu lalu bola mata nya memandang ke arah anak-anak nya lalu mengesat mata nya yang mula berair.
Pemuda itu terkedu dan terdiam seribu bahasa. Hati nya pula di terjah rasa sebak dan terharu. Timbul penyesalan di hati nya kerana bersangka buruk terhadap lelaki tua itu.
Kini baru lah dia mengerti, kenapa lelaki tua itu bertindak dengan membiarkan saja anak-anak nya melayani perasaan gembira mereka. Dia juga berfikir , jika dia berada di tempat lelaki tua itu, mungkin dia juga menjadi serba salah dan akan membuat tindakkan yang sama.
Moral dari cerita: Jangan lah bersangka buruk terhadap orang lain jika kamu belum mengetahui hal yang sebenar. Jika berasa ragu-ragu terhadap sesuatu perkara, harus lah kamu selidik terlebih dahulu sebelum membuat andaian melulu.
* Cara penceritaan kisah ini mungkin tidak sama dengan cara penceritaan kisah yang asal (sumber asal) atau daripada pencerita sendiri kerana terdapat sedikit olahan mengikut pemahaman penulis daripada penyampaian lisan si pencerita.
Kredit to K.Raf, kisah yang di sampaikan macam terkena atas batang hidung sendiri....kuang! kuang! kuang!
StOryTeller by: Rafizah Osman (K.Raf)
in 2nd Meeting of eMarketing 15th Dec 2011
No comments:
Post a Comment