Monday, November 29, 2010

Kita Terperangkap Dalam Zon Selesa | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kita Terperangkap Dalam Zon Selesa | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saturday, November 20, 2010

PENTING! Kisah Si Makhluk D'.....


ASSALAMUALAIKUM W.B.T.....

Pejam celik pejam celik....kita sudah hampir ke penghujung tahun 2010. Rasa nya haritu baru je celeb' New Year, sedar-sedar dah nak masuk Disember. MasyaAllah! Cepat betul masa berlalu, dan umur dunia semakin lanjut. Tapi hakikat nya, ramai antara kita semua ni buta hati! Khususnya,yang beragama Islam. Sedar tak kita semua akan hakikat kewujudan makhluk yang bakal menguji keimanan kita?? Waktu untuk makhluk itu menjalankan tugas nya semakin hampir....

Baru-baru ni aku ada terbaca satu majalah dan memang tertarik dengan beberapa storyboard' nya. Salah satu nya tentang perihal `makhluk' yang telah disebutkan di perenggan atas. Gerun kan?? Okey, makhluk yang di nyata kan tu adalah si DAJAL AL-MASIH!

" Dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah S.W.T kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang mata nya rosak dan pembohong"

PROFIL SI DAJAL AL-MASIH

- Dajal adalah manusia.
- Bukan keturunan jin,gergasi,dewa atau apa sahaja selain manusia.

[ " Sesungguh nya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya,Tuhan kamu tidak rosak mata nya"] - Hadis Riwayat : Imam Ahmad.

- Telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W.
- Digelar Al-Masihi Ad-Dajal kerana matanya yang rosak & kebolehan luar biasa iaitu menghidupkan orang mati.
- Dahi nya tertulis perkataan ' Kaf-Fa-Ra' (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang islam sama ada yang pandai membaca @ pun tak.
- Telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti yang di sebutkan di dalam sebuah hadis.


DAJAL TINGGAL DIMANA?

Kedudukan pulau yang di katakan menjadi tempat tinggal Dajal telah pun dijawab oleh Rasulullah s.a.w menerusi sabda nya, " Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen...akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangan nya ke arah Timur) - Riwayat Muslim.

Ada lagi satu hadis daripada Abu Bakar As-Siddiq. Rasulullah s.a.w bersabda, " Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bernama Khurasan". - Riwayat Al-Tarmizi.

Dalam hadis yang lain pula daripada Anas Bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda , " Dajal akan keluar dari kota Yahudi,Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan" - Riwayat Imam Ahmad.


INFO LAIN

Allah S.W.T telah memberikan nya banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Antara nya:

1.) Ada bersama nya syurga & neraka. Dajal akan menguji manusia dengan kedua-dua nya. Apa yang dajal berikan sebagai syurga, itu sebenarnya neraka. Dan, apa yang diperlihatkan oleh nya sebagai syurga adalah neraka. (Nauzubillah!)

2.) Dajal akan pergi ke daerah kemarau,kebuluran dan hasil tanaman yang tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu. Jika penduduk di situ beriman kepada nya maka tempat itu akan subur dan hasil dagangan akan melimpah. Manakala, daerah yang tidak mengaku beriman kepadanya akan terus kebuluran dan dilanda kemarau.

Ada sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, para sahabat bertanya: " Ya Rasulullah, apa yang di makan oleh orang islam yang beriman pada hari itu nanti? "
Rasulullah menjawab: " Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka."

3.) Dajal boleh menjelajahi seluruh pelusuk bumi hanya dalam masa 40 hari dengan kepantasan yang luar biasa!

4.) Dajal akan menjelajah ke seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan akan di bunuh oleh Nabi Isa a.s.


APAKAH PERSEDIAAN KITA UNTUK HADAPI NYA?


Rasulullah s.a.w telah memberikan beberapa tip kepada umat Islam untuk mengelak fitnah dajal. Antara nya:

1) Kita hendaklah menghafal 10 ayat pertama surah Al-Kahfi.
2) Kita di arahkan Rasulullah s.a.w membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, " Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedasyatan ujian al-masihi ad-dajal "


MasyaAllah! Dasyat betul cerita makhluk bernama dajal ni. Okey, ini aje lah info PENTING yang aku nak kongsi kan dengan saudara se Islam sekalian. Ilmu harus di kongsi..betul tak??
So, kalau dah tau siapa makhluk yang di nyatakan tu...sama-sama lah kita semua berdoa semoga dijauhi daripada hasutan dajal. Dan sama-sama lah kita teguhkan iman supaya tak dapat di robohkan oleh ujian dajal.InsyaAllah....Wallahuallam!

Wassalam ~