Tuesday, October 14, 2008

Sekadar imaginasi.....

Jika hidup di dalam masalah....kenapa tidak fikir untuk keluar? Keluar? Melarikan diri ke? Oh, tidak sama sekali! Tu pengecut namanye.........
Bayangkan.......
Kehidupan kita itu adalah sebuah perjalanan. Perjalanan yang kita sendiri tak tahu penghujung nya. Ada orang di awal perjalanannya berteman, ada orang berseorangan....ada juga orang yang di tinggalkan bersendirian....
Andai kan lah hidup ni macam tu. Kalau di sepanjang perjalanan kita tu ada lubang, kita lompat. Kalau ada jambatan....kita lalui nya dengan hati-hati, kalau terjumpa pula sungai dan jika pada waktu itu kita lansung x tahu berenang....jgn lah putus asa. Duduk lah berfikir sejenak....bagaimana cara untuk melepasi sungai tu dgn selamat. Kalau ada pula bukit, kita daki. Kalau hutan belukar yang dipenuhi duri.....jgn lah melangkah kebelakang untuk berpatah balik...kerana hanya itu jalan untuk sampai ke destinasi kita.
Bayangkan, setiap halangan yang kita temui itu adalah masalah-masalah yang kita hadapi.....setiap halangan itu memerlukan kita untuk melalui nya dan kita pasti akan melepasi nya jika kita masih tegar untuk sampai ke destinasi. Ketika melalui hutan belukar yg dipenuhi duri, kita pasti akan kesakitan kerana duri tu dan pasti calar-balar di seluruh badan....hmm.....andai kan saja semua tu adalah penyakit yg dihidapi....sebab itu kita harus kuat supaya dapat keluar dari hutan belukar itu dan dapat meneruskan perjalanan seterusnya. Sesiapa yang diawal perjalanan nya ditemani, tidak mustahil akan ditinggalkan di pertengahan jalan. Dan, pada sesiapa diawal nya bersendirian, tidak mustahil juga bakal ditemani seseorang.
Ada juga yg diawal perjalanannya dipenuhi halangan, tetapi pabila ianya sudah keletihan setelah berjaya harungi bermacam-macam halangan dan rintangan, perjalanan yg seterus nya amat lah lancar dan begitulah sebalik nya. Itulah imaginasi kehidupan......Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Adil !

Hargai lah !

Hargai lah sesuatu yang lama sebelum ianya menjadi sesuatu yang baru, supaya kita tak lagi terkenangkan nya dan mengharapkan nya seperti sedia kala. Kerana.....pengharapan itu sesuatu yang menyeksakan dan mungkin ianya akan memudarat kan diri sendiri.....seolah-olah melemparkan boomerang dimana jika kita terlalu asyik melihat ia melayang, tanpa kita sedar ia akan berpatah balik dan tanpa tindakan untuk bersedia ianya kan mengenai diri kita.