Saturday, December 17, 2011

Jika Kamu Mengetahui....


Sering kali kita mendengar di penghujung firman Allah swt ada mengatakan "...Lebih baik jika kamu mengetahui" Jadi, terdapat sebuah kisah yang boleh di jadikan iktibar dengan membawa maksud firman tersebut.


     Pada suatu pagi yang indah dan tenang, di dalam sebuah bas kelihatan suasana begitu aman dan damai. Para penumpang di dalam bas asyik dengan hal masing-masing. Ada yang sedang kusyuk membaca, ada yang sedang menikmati permandangan luar sambil mendengar lagu menggunakan earphone dan ada juga yang terlena. Tiba di sebuah perhentian bas, maka naik lah seorang lelaki tua bersama dua orang anak lelaki nya yang yang berusia lingkungan 5 tahun dan 7 tahun.
Keadaan yang tadi nya begitu tenang dan aman damai, kini menjadi hinggar-binggar dengan kehadiran lelaki tua itu bersama anak-anak nya. Anak-anak lelaki tua itu mula membuat bising dengan berlari-lari di dalam bas dan mula menganggu peumpang-penumpang yang ada. Mereka menjadi kurang senang dan berasa amat terganggu dengan kehadiran kanak-kanak itu. Apa yang membuatkan mereka menjadi semakin berang apabila melihat lelaki tua itu yang juga bapa kepada kanak-kanak tersebut hanya duduk berdiam diri tanpa menegur tindakkan anak-anak nya itu.
Kemudian, ada seorang pemuda yang turut berasa marah dan kurang senang dengan suasana yang sejak tadi nya tenang kini semakin kecoh. " Hish, pakcik ni buat tak tau je anak-anak dia bising dan menganggu orang lain! " Bentak hati kecil nya. Dia mula berkira-kira sendiri samada mahu menasihati lelaki tua itu atau membiarkan keadaan yang hinggar binggar itu terus berlaku. Setelah beberapa minit berfikir, dia membuat keputusan untuk menegur lelaki tua itu.
" Pakcik, kenapa pakcik biarkan anak-anak pakcik membuat bising dan menganggu penumpang-penumpang di dalam bas ni? Semua orang kurang senang dengan anak-anak pakcik," Tanya pemuda itu dengan penuh berhemah walaupun tegas bunyi nya.

Lelaki tua itu mengeluh perlahan, lalu menjawab," Pakcik bukan tak mahu menegur mereka. Tapi sebenarnya pakcik serba-salah,"

"Kenapa pula serba salah pakcik?" Pemuda itu berasa hairan.

"Untuk pengetahuan kamu, ibu mereka sudah seminggu di masukkan ke hospital kerana menghidapi penyakit yang kronik. Mereka tidak di benarkan berjumpa dengan ibu mereka sepanjang tempoh seminggu itu. Oleh kerana rindu, mereka menjadi murung dan tidak mahu makan. Dan semalam, pihak hospital menelefon pakcik dan mengatakan bahawa mereka di benarkan untuk bertemu dengan ibu mereka. Bila pakcik sampaikan berita itu, mereka sungguh gembira dan kembali ceria. Pagi-pagi lagi mereka sudah bangun lebih awal dari pakcik dan tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan ibu mereka . Tapi..sewaktu pakcik dan anak-anak pakcik tu keluar dari rumah, pakcik dapat satu lagi panggilan dari pihak hospital...mereka mengatakan bahawa isteri pakcik iaitu ibu kepada mereka sudah pun pergi meninggalkan kami bertiga..Cuba kamu fikir, jika kamu di tempat pakcik, tergamak kah kamu untuk menjelaskan berita itu kepada mereka? " Jelas lelaki tua itu lalu bola mata nya memandang ke arah anak-anak nya lalu mengesat mata nya yang mula berair.

Pemuda itu terkedu dan terdiam seribu bahasa. Hati nya pula di terjah rasa sebak dan terharu. Timbul penyesalan di hati nya kerana bersangka buruk terhadap lelaki tua itu.
Kini baru lah dia mengerti, kenapa lelaki tua itu bertindak dengan membiarkan saja anak-anak nya melayani perasaan gembira mereka. Dia juga berfikir , jika dia berada di tempat lelaki tua itu, mungkin dia juga menjadi serba salah dan akan membuat tindakkan yang sama.

Moral dari cerita: Jangan lah bersangka buruk terhadap orang lain jika kamu belum mengetahui hal yang sebenar. Jika berasa ragu-ragu terhadap sesuatu perkara, harus lah kamu selidik terlebih dahulu sebelum membuat andaian melulu.

* Cara penceritaan kisah ini mungkin tidak sama dengan cara penceritaan kisah yang asal (sumber asal) atau daripada pencerita sendiri kerana terdapat sedikit olahan  mengikut  pemahaman penulis daripada penyampaian lisan  si pencerita.

Kredit to K.Raf, kisah yang di sampaikan macam terkena atas batang hidung sendiri....kuang! kuang! kuang! 




StOryTeller by:  Rafizah Osman (K.Raf)
in 2nd Meeting of eMarketing 15th Dec 2011


Sunday, October 23, 2011

Harga segelas susu




Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman nya.Dia 
berjalan sambil membawa barang-barang. Tiba-tiba, sekumpulan pencuri datang untuk merompak nya.Dia 
cuba melawan dan melepaskan diri daripada kumpulan pencuri itu. Namun dia bernasib baik kerana diri nya 
tidak diapa-apakan. Malang nya, kesemua barang-barang yang dibawa berjaya dilarikan pencuri.Walaupun 
begitu, pemuda tersebut tidak berputus asa. Dia meneruskan perjalanan nya dengan sehelai sepinggang.Bila 
lapar atau dahaga, dia makan saja pucuk-pucuk daun dan minum air-air sungai. 


Sedang dalam perjalanan, dia ternampak sebuah rumah. Dia terus mendekati rumah itu. Setiba nya dia dirumah itu, kelihatan ada seorang budak perempuan dan didahi nya terdapat tanda lahir. Memandangkan dia keletihan dan sangat dahaga, dia meminta segelas air untuk diminum. Budak perempuan tersebut segera masuk ke dalam kemudian dia keluar semula dengan membawa segelas susu, kerana pada pandangan budak perempuan itu susu lebih mengenyangkan dan dapat memberikan sedikit tenaga. Pemuda itu sangat gembira dan bersyukur kerana diberikan susu.


Pemuda itu sempat membersihkan diri di rumah budak perempuan tersebut. Pabila badan nya kembali segar 
dan bertenaga, dia ingin meneruskan perjalanan nya untuk segera pulang ke kampung halaman. Tetapi sebelum itu, dia sempat bertanya kepada budak perempuan itu.
" Berapa harga untuk segelas susu tadi?"
" Mak dengan ayah saya kata, setiap kebaikkan yang kita buat jangan mengharap kepada balasan, " Jawab 
budak permpuan tersebut. Lelaki itu tersenyum lalu mengucapkan terima kasih.



Beberapa tahun sudah berlalu, pemuda tersebut berjaya menjadi seorang doktor di sebuah hospital di kampung nya. Pada suatu hari, dia mendapati ada salah seorang  daripada pesakit nya adalah seorang budak perempuan. Dia melihat budak itu dan mengenali nya. Ini kerana, budak perempuan tersebut mempunyai tanda lahir di dahi dan ianya sama dengan budak perempuan yang pernah dijumpai nya suatu ketika dulu. 
Budak perempuan itu menghidapi penyakit yang agak serius. Hanya melalui pembedahan dapat menyelamatkan nya. Lalu pembedahan dijalankan dan budak perempuan itu pun selamat.


Selepas sebulan berlalu, pemuda tersebut mengira bil-bil perubatan untuk setiap pesakit nya. Bil-bil tersebut akan dihantar ke rumah pesakit-pesakit supaya mereka dapat menjelaskan baki yuran perubatan mereka. 
Budak perempuan itu juga menerima bil perubatan nya di rumah. Dia amat takut kerana dia yakin pasti nya 
jumlah pembayaran adalah sangat tinggi dan dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk membayar nya. 
Dia menangis sambil membelek sehelai demi sehelai helaian bil tersebut. Hinggalah di muka surat yang terakhir. Dia mendapati ada tulisan yang bertulis, ' BIL INI SUDAH DIBAYAR DENGAN SEGELAS SUSU ' Maka dengan ini, ketahui lah dia bahawa doktor yang telah merawat nya tempoh hari adalah pemuda yang pernah diberinya minum dengan segelas susu. Budak perempuan itu pun tersenyum gembira dan mengucapkan syukur.



Moral dari cerita: 
Setiap kebaikkan yang kita lakukan jangan lah mengharapkan apa-apa balasan. Kelak, tanpa kita sedari 
balasan daripada setiap kebaikkan yang kita lakukan dengan ikhlas itu akan kita perolehi walaupun, ianya kecil tetapi bermanfaat untuk kita. (^^,)/

StOryTeller by: Pn. Ainul Naim (Naimah Hj. Talib)
in 1st Meeting of eMarketing 21st Oct 2011

Sunday, May 22, 2011

Buat mu Ar-Rijal


Pelindung Vs Perosak


Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.
Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?
Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikuttrend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena rejectsaja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.
Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another.Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.
"Merosakkan?"
Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?
Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa 'enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?
Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?
Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!
Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.
Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!
Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...
Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?
Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?
Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?
Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh. Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu. Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?" (Hadis riwayat lmam Muslim)
Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halal'kan? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.
Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.
Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"
Aku menjawab, "Ya, benar."
Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.
Glosari
1. Ar-rijal: Lelaki, pemuda.
2. Husnul khatimah: Pengakhiran yang baik.

-Artikel from I Love Islam.com

Monday, May 2, 2011

Titipan untuk Wanita by : eL-Hunaif ™



"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.





Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Read more: http://ukirancinta.blogspot.com/2011/04/titipan-untuk-wanita.html#ixzz1LBJAlW6g

Wednesday, February 16, 2011

Pemadam Dan Pensil


Salam Buat Kalian Semua,


Aku ada satu kisah yang nak dikongsi...( nie adalah hasil penulisan Wann Mohd Firdaus - penulis dalam salah satu ruangan artikel I Luv Islam.com)





Kisah Pemadam dan Pensil


Pensil : Maafkan aku, kawan.

Pemadam : Kenapa, kawan? Kamu tidak berbuat salah padaku.

Pensil : Maafkan aku kerana telah menyakitimu, kawan. Bila saja aku terbuat silap, kau selalu ada untuk memadamkan. Sedang kesilapan aku hilang, kamu hilang sebahagian dirimu, kawan. Semakin kecil dan kecil.

Pemadam : Ya, tidak mengapa, kawan. Kamu tahu, memang itu tujuan hidupku, untuk membantumu ketika kamu memerlukan aku. Dan aku tahu, suatu masa nanti aku akan pergi. Ketika itu kamu akan mendapat teman baru. Usah risau, kawan. Aku sukakannya!


Dengan cara apa hidup kita akan termaknai?

Pensil : Kawan, aku sayang kamu! :)

Sekali lagi, dengan cara apa hidup kita akan termaknai?

Pemadam : Dan kamu, tulislah kepada dunia, kawan. Biar kehilangan aku termakna.

Maka dengan cara apa hidup kita akan termaknai, kalau bukan untuk memberi sebanyaknya?






Tuesday, February 8, 2011

Kata Bos.....



Salam buat kalian semua,


Kali nie aku nak share ngan kalian satu nasihat dan pendapat yg sangat berguna dan membina. Ianya aku perolehi daripada meeting yang aku join pagi tadi. Ketika berlansung nya meeting pagi tadi, sempat juga bos aku selitkan sikit input-input berbaur motivasi untuk kami. Pertama, bos aku cakap tentang hubungan diantara seorang ketua dengan anak -anak buah. Bos aku tanya kami," Kenapa kebanyakkan bos-bos taknak bercampur dengan pekerja-pekerja nya? " Kami semua diam. Padahal dalam kepala dah sedia dengan jawapan,cuma takut nak bersuara. Memandangkan semua diam. Bos aku jawab sendiri, dia kata," Sebab....mereka-mereka tu tak nak anak-anak buah pijak kepala dan akan hilang rasa hormat. Sebab tu lah bos-bos biasa nya akan kerek dengan ank-ank buah mereka...maka akan wujudlah jurang perbezaan disertai dengan perasaan takut pada bos." Haa..macam tu lah kata bos aku. Dia sangat tak bersetuju dengan sikap sesetengah bos-bos yang sengaja mewujudkan tembok hubungan dengan pekerja-pekerja bawahan nya. Ini akan mewujudkan suasana TAKUT. Bila para pekerja takut pada bos...maka segala kerja yang diberi tidak akan berjalan dengan cepat dan lancar. Sebab...diorang akan rasa TAKUT untuk berbincang @ bertanya pada bos diorang. Hasil nya, kerja akan lambat siap atau kurang kualiti. Haa! Disebabkan bos aku tak nak benda-benda ni jadi kat kami...so, dia membina satu hubungan mesra dengan pekerja-pekerja bawahan nya. Walau pun macam tu, kami tetap ade rase respect kat dia. Bagus kan bos aku? Thanks Bos!
Perkara yang kedua adalah berkaitan dengan TAKUT juga. Bos aku kata, kalau kita takut nak buat sesuatu...kita rempuh jek rasa takut tu. Selagi kita tak melangkah ke depan selagi tu lah kita tak kan dapat apa-apa hasil pun. Rasa takut tu umpama tembok yang menghalang pemikiran kita. Rasa takut tu jugak menjadi faktor kegagalan kita dan kita takkan maju dan belajar apa-apa. Aku sangat lah bersetuju dgn pendapat bos aku nie...sebab aku pernah baca buku bertajuk 'Dare To Fail' yg ditulis oleh Billy Jim. Berani Untuk Gagal...jika di translate dalam B.Melayu. Kenapa mesti berani untuk gagal? Kenapa bukan untuk berjaya?? Pelik kan??Okey..apa yang aku faham dengan input yang ditulis dan aku hubung kaitkan dengan pendapat bos aku...aku mendapati kedua-duanya adalah saling berkait. Gagal dan takut adalah dua
perkara yang negatif terdapat didalam kehidupan manusia. Apabila kita takut maka kita akan gagal...jika kita gagal pun kita akan takut (contoh nya bila sorang student dapat result teruk dalam exam...agak-agak dia takut tak kalau mak ayah dia tau?? - Of Course la takut kan?) So, kita kena berani utk gagal...sebab bila kita berani utk gagal maka kita akan MENCUBA dan teruskan USAHA...Walaupun hasil nya kita tak tau baik @ buruk tetapi kita dah mencuba. Sebab, manalah tau kalau kita terus juga buat..kita akan dapat hasil yang baik....Daripada kita takut gagal dan lansung tak buat apa-apa...so, hasil nya?? KOSONG! malah tak ada apa yang perlu dibangga kan...Usaha pun TARAK! Kalau gagal pun apa salah nya? Kita akan terus belajar daripada kegagalan itu untuk terus berusaha. InsyaAllah!
Errmm..ni lah antara kata-kata motivasi daripada bos aku dalam meeting pagi tadi. Aku memang respect kat bos aku..sebab dia positif dalam setiap tugasan yang dia buat.
Thanks to my Boss!