Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman nya.Dia
berjalan sambil membawa barang-barang. Tiba-tiba, sekumpulan pencuri datang untuk merompak nya.Dia cuba melawan dan melepaskan diri daripada kumpulan pencuri itu. Namun dia bernasib baik kerana diri nya
tidak diapa-apakan. Malang nya, kesemua barang-barang yang dibawa berjaya dilarikan pencuri.Walaupun
begitu, pemuda tersebut tidak berputus asa. Dia meneruskan perjalanan nya dengan sehelai sepinggang.Bila
lapar atau dahaga, dia makan saja pucuk-pucuk daun dan minum air-air sungai.
Sedang dalam perjalanan, dia ternampak sebuah rumah. Dia terus mendekati rumah itu. Setiba nya dia dirumah itu, kelihatan ada seorang budak perempuan dan didahi nya terdapat tanda lahir. Memandangkan dia keletihan dan sangat dahaga, dia meminta segelas air untuk diminum. Budak perempuan tersebut segera masuk ke dalam kemudian dia keluar semula dengan membawa segelas susu, kerana pada pandangan budak perempuan itu susu lebih mengenyangkan dan dapat memberikan sedikit tenaga. Pemuda itu sangat gembira dan bersyukur kerana diberikan susu.
Pemuda itu sempat membersihkan diri di rumah budak perempuan tersebut. Pabila badan nya kembali segar
dan bertenaga, dia ingin meneruskan perjalanan nya untuk segera pulang ke kampung halaman. Tetapi sebelum itu, dia sempat bertanya kepada budak perempuan itu.
" Berapa harga untuk segelas susu tadi?"
" Mak dengan ayah saya kata, setiap kebaikkan yang kita buat jangan mengharap kepada balasan, " Jawab
budak permpuan tersebut. Lelaki itu tersenyum lalu mengucapkan terima kasih.
Beberapa tahun sudah berlalu, pemuda tersebut berjaya menjadi seorang doktor di sebuah hospital di kampung nya. Pada suatu hari, dia mendapati ada salah seorang daripada pesakit nya adalah seorang budak perempuan. Dia melihat budak itu dan mengenali nya. Ini kerana, budak perempuan tersebut mempunyai tanda lahir di dahi dan ianya sama dengan budak perempuan yang pernah dijumpai nya suatu ketika dulu.
Budak perempuan itu menghidapi penyakit yang agak serius. Hanya melalui pembedahan dapat menyelamatkan nya. Lalu pembedahan dijalankan dan budak perempuan itu pun selamat.
Selepas sebulan berlalu, pemuda tersebut mengira bil-bil perubatan untuk setiap pesakit nya. Bil-bil tersebut akan dihantar ke rumah pesakit-pesakit supaya mereka dapat menjelaskan baki yuran perubatan mereka.
Budak perempuan itu juga menerima bil perubatan nya di rumah. Dia amat takut kerana dia yakin pasti nya
jumlah pembayaran adalah sangat tinggi dan dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk membayar nya.
Dia menangis sambil membelek sehelai demi sehelai helaian bil tersebut. Hinggalah di muka surat yang terakhir. Dia mendapati ada tulisan yang bertulis, ' BIL INI SUDAH DIBAYAR DENGAN SEGELAS SUSU ' Maka dengan ini, ketahui lah dia bahawa doktor yang telah merawat nya tempoh hari adalah pemuda yang pernah diberinya minum dengan segelas susu. Budak perempuan itu pun tersenyum gembira dan mengucapkan syukur.
Moral dari cerita:
Setiap kebaikkan yang kita lakukan jangan lah mengharapkan apa-apa balasan. Kelak, tanpa kita sedari
balasan daripada setiap kebaikkan yang kita lakukan dengan ikhlas itu akan kita perolehi walaupun, ianya kecil tetapi bermanfaat untuk kita. (^^,)/
StOryTeller by: Pn. Ainul Naim (Naimah Hj. Talib)
in 1st Meeting of eMarketing 21st Oct 2011
in 1st Meeting of eMarketing 21st Oct 2011
No comments:
Post a Comment