Bila malam datang menjelma diikuti hati yang sedang dilanda kebosanan yang teramat...tiba-tiba fikiran terkenangkan masa lalu..iaitu aktiviti malam sewaktu aku masih memakai uniform sekolah dengan kain berwarna biru gelap...
Lebih kurang pukul 8.30 ( biasa nya selepas selesai solat Isyak),akan bermula lah aktiviti malam feveret aku tu...lokasi nya, di bahagian tepi rumah yang mengadap halaman yang luas. Ditemani sebiji kerusi tua dan sebuah buku kecil di tangan ( kadang-kadang bawak..kadang-kadang tak). Di waktu permulaan malam yang tenang (tenang dari pencemaran bunyi kenderaan yg lalu lalang..)yang hanya di meriahkan dengan bunyi irama dari Cengkerik & The Geng...maka akan muncul lah seorang budak perempuan yang akan duduk di atas kerusi tua tersebut ( aku la tue..he he he) sambil memandang langit malam yang indah.
Nak tau tak apa yang aku buat?? He he he...This is the story begin...
[AKU DAN SANG BULAN ]
Haa! Ini lah aktiviti malam yang sentiasa menjadi jadual harus untuk aku ikut...( HARUS - sebab kalau ade keje skolah banyak, aku terpaksa cancel lah..if aku kata WAJIB - tu memang selayak nye aku duk kat Tg.Rambutan...hu hu )
Ok lah..kite sambung kisah aku dan bulan nie.
Dulu, aku memang suka tengok bulan . Aku akan duduk kat atas kerusi sorang-sorang ( kadang2 adik-adik aku ade kacau gak...) dan akan pandang ke bulan yang di pagari bintang-bintang. Time tu, aku mula berfikir dan membuat andaian-andaian sendiri..(of course la semua andaian-andaian tu tak logik..ha ha) Aku cuba tenung bulan tu dalam-dalam...sampaikan aku macam paksa lak ke-tidak-boleh-an mata aku nie supaya jadi macam sebuah teleskop...ha-ha-ha..gile ke ape aku ni...?
Tapi, ape yang mampu aku fikirkan dengan pemikiran seorang budak sekolah rendah tu...kat bulan ade dinasor bernama T-Rex..(ni sebab percaya cakap kawan-kawan la..)Aku rasa macam aku nampak jek rupa kepala T-Rex tu...Pastu bila aku dengar pulak orang cakap kat bulan tu ade seorang nenek tua yang sedang mengait baju di temani kucing nye...mengikut kata orang, kalau nenek tu siap mengait baju tu maka kiamat la dunia nie...Haa! Kalian pernah ke dengar fakta yang auta yang macam pernah aku dengar nie?? HA-HA-HA....ngarut jek kan...Disebabkan time tu aku budak-budak, maka aku pun macam percaya la..' macam ' la...sebab, selepas aku dengar je fakta-auta tu..aku pun macam biasalah...lagi hard aku membuat kajian sendiri..sampaikan aku menjadikan straw minuman tu sebagai teleskop mini aku..Huargh ha ha ha ha..lawak....ni semua semata-mata nak tengok bukti kesahihan fakta-auta tue...Keputusan nye, memang la aku tak nampak ape-ape melainkan bayangan-bayang yang ade kat rupa bulan tu jek...( agak nye bayangan-bayangan tu la yang aku anggap T-Rex dan nenek tua..) . Errmm..kalian pernah ke buat aktiviti macam aku buat nie? Pelik tak? Tiap-tiap hari plak tu kecuali hari hujan atau ade keje sekolah yang banyak giler...
Aku tak perasan sejak bila aku berhenti daripada membuat aktiviti tu...Aku sedar apabila suatu hari, di dalam kelas tingkatan 2...cikgu sains bagi tau bahawa bulan tu ade daya graviti yang tinggi..dan bulan juga adalah salah satu faktor kejadian air pasang surut...cikgu tu bagi tau lagi sesiapa yang tenung bulan lama-lama boleh menyebabkan seseorang tu menjadi gila dek kerana keupayaan daya graviti bulan untuk menarik keupayaan minda kita...OH MY GOD! Fakta yg bukan auta ni juga aku ada terbaca kat dalam sebuah majalah sains...OH TIDAK! Ini bermakna aku sudah GILA!
Tapi ....Gila kah aku??
Ha ha ha...Terima kasih bebanyak kat cikgu tu ( aku dah lupa cikgu sains yang mana satu....) Kalau tidak, sampai ke hari ini la aku masih dengan bulan. Paling koman pun aku dah join misi angkasawan yang Sheikh Muszaphar join tu...(paling 'koman' tu yang tak tahan tu..Ceh!)
Hurm..tetapi, sambil-sambil aku tengok bulan tu...jika ada bintang-bintang yang banyak,aku akan cari bentuk-bentuk buruj. Biasa nya, aku akan selalu nampak bentuk buruj Biduk,Belantik ( paling susah nak nampak ),buruj Scorpio ( my zodiak ngee~) dan yang paling mudah dilihat iaitu buruj Pari..Aku jugak akan membuat kajian sendiri tentang angkasa lepas dengan mendapatkan sumber bacaan kat library sekolah..kawan-kawan aku sumer pelik. Budak2 sebaya aku majoriti nya akan pnjam buku-buku cerpen atau buku-buku cerita dongeng..tapi aku pulak pinjam buku-buku ensiklopedia tentang angkasa lepas..Pernah gak aku buat kajian sendiri tentang Alien & U.F.O...memang aku excited sangat pasal bende alah tu..Ermm..sampai kan sumer bende yang aku nampak pelik sikit kat langit aku dah anggap tu UFO...Aduyaii~
Hurm! Itulah kisah nya..betapa aku ter lampau excited sangat dengan kajian angkasa lepas nie...dan salah satu daripada cita-cita aku adalah untuk menjadi angkasawati @ rakyat M'sia pertama yang ke angkasa.
So, sekarang..Dr.Sheikh Muszapahar dah potong line (Ceh!) Dia dah berjaya menjadi rakyat M'sia pertama ke angkasa..( hu hu hu ~) Tak pe lah, mungkin sebab aku ni lambat sangat kot..tak pun paling sesuai untuk mengatakan aku ni TAK LAYAK ha ha ha ha....Tak kisah la. Walau ape pun aku tetap menyokong Dr.SMS tu...aku peminat fanatik tau!! ( bukan aje sebab dia tu dah melaksanakan impian aku..tapi..salah satu sebab nye..dia HANDSOME! Wakaka jangan marah ye Dr.Harlina..)Terima kasih la Dr.SMS kerana melaksanakan salah satu impian aku yang takkan tercapai tue..HU HU HU....(T_T)
P/s: Sekarang bila aku tengok bulan , bulan pun tanya aku : '' Wei budak! Sombong ar ko sekarang. Dah tak rindu nak tenung aku lama-lama macam dulu kala ke?? ''
Maka,aku pun jawab dengan senyuman : '' Bukan aku sombong, tapi aku tak nak jadi gila macam dulu dah...thanks bulan kerana masih setia menyinari aku dan seluruh penduduk bumi''
Bulan pun jawab : '' Ohh...tak apa. Dah memang tanggungjawab aku yang di ciptakan oleh Allah s.w.t untuk menjadi teman dan menyinari seluruh makhluk di bumi...Sesungguh nya Tuhan mu (Allah s.w.t) itu Maha Pengasih & Penyayang...Kau berterima kasih la pada -Nya kerana menciptakan aku dan sahabat ku Si Matahari...''
Mendengarkan itu, lalu aku tersenyum sendiri dan seraya mengucapkan,
" Alhamdulillah...Subhanallah! ''