i miss him (^_^)!
Salam kepada diri sendiri & kalian semua.....
Sungai Soi.
Apa ni? Adakah ia berkait rapat dengan lagu Aizat - Sungai Lui? Adik - beradik kah? Apa motif nya aku nak cerita pasal sungai-sungai nie? Ok-ok..baiklah! Sungai Soi adalah nama sebuah perkampungan @ nama sebenar nya adalah Perkampungan Sg.Soi. (PSS)
PSS adalah sebuah tempat yang menjadi favourite aku sejak aku mula mengenali seseorang yang bernama L...(OppS! bukan lelaki ye..) L is my friend,my enemy,my colleuge,my housemate,my roomate,my..bla-bla-bla..but the important things she is My Foster Sis (^_^)! ~ cool. PSS pulak adalah tempat kediaman nya. Sejak dari skool lagi aku memang suka lepak-lepak kat rumah dia. BEST! Aku terpikat dek ketenangan dan suasana kampung kat situ. Apatah lagi,PSS adalah pusat pertanian. So, kalau nak dapat sayur-sayur yang fresh boleh la datang ke situ..he he he...PSS juga menjadi tempat aku menghilangkan stress. Aku suka bila dapat hidu udara yang tak dicampur gaul dengan Karbon Monoksida, aku suka bila kornea mata memandang langit nan membiru...Aku suka bila gegendang telinga mendengar bunyi nyanyian burung-burung kampung yang merdu..Aku suka bila permukaan kulit disapa angin nan bayu...Wahhh..berpuitis-puitis pulak! Tapi itu lah kejujuran nya bila ditanya kenapa aku suka sangat lepak rumah L nie...Hurm! Lagi satu aspek penting yang membuatkan aku masih setia dan sentiasa merindui PSS...iaitu KEHARMONIAN keluarga L. Aku cukup tertarik dengan hubungan kekeluargaan yang dipraktikkan keluarga L. Segala masalah yang mendatangi salah seorang ahli keluarga akan dikongsi bersama-sama sehinggalah masalah tu setel! BEST kan?
Eh,jangan salah faham....aku pun ada keluarga sendiri dan tak bermaksud aku membenci keluarga sendiri...cuma dari segi hubungan kekeluargaan mereka tu yang aku kagumi....Aku tak kata my families is bad..mungkin setiap keluarga ada cara mereka tersendiri...dont worry..
i love my families too! ( Untuk pengetahuan, rumah kediaman aku berlokasi dikawasan perumahan yang sangat havoc..dan dikelilingi oleh binaan-binaan berbatu bata...-Harap Maklum)Ok, sambung balik cerita pasal PSS..
Aku rindu untuk kesitu....Kenapa aku kata macam ni?
Sebab perubahan....Yup! Ini salah satu kesedihan yang pernah aku tulis dalam story yang lepas. Perubahan yang aku maksudkan disini adalah perubahan dari segi masa dan keadaan yang limited! Dan di tempat yang tenang itu, kini aku merasakan ada sesuatu yang telah memudarkan unsur-unsur ketenangan dan kecerian yang mana dulu aku pernah merasai nya dengan hati yang lapang. Mungkin juga kerana wujud nya perubahan-perubahan kecil dan tanpa disedari ianya memberi kesan yang amat mendalam buat hati ini ( ceh..) Sesuatu yang tak pernah dijangka....aku terasa berat untuk ke situ lagi...hadir pula perasaan berbelah bagi...perlukah aku menapak lagi? Aku bimbang jika kehadiran aku ini bakal mewujudkan unsur-unsur ketidaksenangan hati....ia akan mempengaruhi susana dan menyeksa diri sendiri...Ni semua wujud kerana perubahan-perubahan kecil itu...Ya! Aku terpaksa terima kerana aku tidak lagi menjadi seperti burung yang bebas untuk terbang ke sana mencari ketenangan yang sementara. Aku rindu....Err,kalau lah ada DORAEMON, aku nak pinjam Pintu Suka Hati dan Laci-Mesin Masa....
Tengok! Tengah dok rilek2...boleh cuci-cuci mata sambil
tengok tupai curi rambutan....kejadian ni berlaku betul2 atas kepala aku..Cit!
P/S: Malam nya yang sunyi ditemani irama geng2 cengkerik....takut? Err...boleh la..slalu tido awal..ngee~
No comments:
Post a Comment