Salam buat kalian semua,
Alhamdulillah untuk hari-hari yang telah dilalui, yang sedang dilalui dan bakal dilalui..InsyaAllah! Walaupun hati ini sedikit berasa hampa dan keciwa (ceh) kerana tidak dapat pulang ke kampung dalam tempoh yang lama...tetapi aku redha...memandangkan juga ada tanggungjawab lain yang perlu aku bereskan di tempat aku menggali lubuk rezeki yang Allah S.W.T bagi...Alhamdulillah!
Dan walaupun hati ini menjeruk kesedihan dan kesunyian, gagah jua diri ini mengukir buah senyuman walaupun sebenar nya teramat sakit dan perit untuk menjadi seorang yang hipokrit.
Lama aku terdiam sendiri menatap sejenak kanvas lukisan hidup yang telah diconteng dan di lakar. Di kanvas lukisan itu aku dapati hanya sedikit tona warna yang ceria...dan kelihatan lukisan-lukisan yang suram warna nya. Aku mencebik sendiri, " Kenapa lah buruk sangat lukisan aku nie...", Bisik hati kecil. Ingin aku warna kan, tetapi tiada idea dari kotak fikiran.
Bagaimana? Bagaimana?Bagaimana? Aduhhh!
Tanpa disedari air mata mengalir jernih. Aku menadah kedua tapak tangan lalu berdoa pada Nya...agar diberikan tona-tona warna yang ceria supaya aku boleh meneruskan usaha untuk mewarnai dan melukiskan lukisan yang indah di atas kanvas lukisan hidup ku.
InsyaAllah!
No comments:
Post a Comment