Sunday, February 5, 2012

Khawin - Ikut trend atau syariat?




Perkhawinan adalah salah satu perkara yang dianjurkan dalam agama. Seperti firman Allah SWT didalam Surah An-Nur, ayat 32: "Dan khawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkhawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui."


A: Aku tengok kau dah lama bertunang dengan si dia. Bila nak kawin ni?
B: Kalau ikutkan perancangan kiteorang, memang nak cepat. Tapi masalahnya famili nak buat grand-grand...Mana nak cekau duit beb!


Dialog diatas salah satu fenomena yang kerap dibualkan dikalangan anak-anak muda yang sedang meniti untuk ke alam berumah tangga. Keinginan tu ada, cuma terhalang dengan pelbagai desakkan.  Sedangkan dalam Islam perkhawinan itu bukanlah sesuatu yang menyusahkan atau membebankan. Malah, Allah SWT sendiri berfirman:
"Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui."  


Jadi, apa yang dikatakan berkhawin itu susah? Rasanya rukun dan syarat sah berkhawin pun tidaklah serumit mana. Melainkan manusia sendiri yang merumitkan dan menyusahkan syarat-syarat tersebut. Tidak dinafikan ada segelintir keluarga atau ibubapa yang mahukan majlis perkhawinan anaknya dibuat secara besar-besaran. Sedangkan mereka sendiri tahu akan keupayaan anak mereka dan pasangan. Lebih-lebih lagi di zaman moden ini memerlukan belanja yang lebih untuk persiapan majlis yang besar.


Antara syarat-syarat tambahan (jika anda dari golongan yang mampu, sila abaikan):


>Nak buka kanopi disepanjang jalan.
>Nak buat kat hotel 5 bintang (bagi yang mampu tak apalah)
>Nak barang-barang hantaran yang dibeli kat Pavillion je. Kat chowkit,Kamdar,atau kat Masjid India akan di-reject! (Mak aihhh!)
>Nak cincin bertatah berlian yang di-import.
>Nak tempah kek 5 tingkat.
>Nak 10 persalinan baju.


Dan banyak lagilah permintaan pelik-pelik samada dari pihak keluarga,ibubapa atau pasangan itu sendiri. Aduiii....Rumitnya!


Ada lagi satu situasi dimana keluarga perempuan mahukan majlis dibuat besar-besaran, tetapi tidak mahu menyumbang sedikit wang pun dan mengharapkan belanja dari pihak lelaki. Begitu juga terjadi sebaliknya. Inilah salah satu faktor yang akan memberikan tekanan kepada pasangan terbabit. Mereka akan berasa tertekan dan sering berlakunya perbalahan. Ini akan menyebabkan hubungan yang diikat berkemungkinan akan goyah. Nauzubillah...


Namun, situasi sebegini tidak hanya keluarga/ibu bapa yang menjadi punca. Ada juga anak-anak muda itu sendiri yang menginginkan perkhawinan ala-ala artis, sedangkan ianya diluar kemampuan. Jika ada simpanan yang cukup mungkin tak menjadi masalah. Tetapi ianya akan menjurus kepada unsur-unsur riak pula. 


Kenapa berkhawin nak ikut trend?


Antara jawapan yang popular:
1. Alaa..barulah glamer skit!
(Dah kira riak dah ni. Jangan macam ni nanti tak berkat!)


2. Kawin kan sekali je seumur hidup. So, apa salah nya?
(Memang kawin tu sekali je seumur hidup.Tapi kalau boleh biarlah perkhawinan yang sekali seumur hidup ni akan mendapat keberkatan Allah supaya bahtera yang dibina akan berkekalan hingga ke syurga. Tiada bercerai berai dan tiada yang kali kedua...OK!)


3. Aku jeles la tengok majlis kawin si Minah tu. Aku nak buat lagi grand dari dia...
(Ni jenis perkhawinan atas dasar membalas dendam dan hasad dengki. Sila jauhkan dari berniat macam ni ye...)


Ingat! Perkhawinan itu tidak membebankan. Hanya manusia yang mencipta bebanan dan kesusahan di atas perkhawinan. Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana. Jangan lah kalian mengharapkan yang lebih dari kemampuan anakmu. Tak perlulah kalian nak menunjuk-nunjuk dengan saudara-mara atau orang sekeliling tentang majlis yang 'grand-grand'. Tak payahlah nak membuat perbandingan dengan orang-orang yang mampu. Bersyukurlah jika anak-anak kalian ingin berkhawin. Izinkanlah mereka agar tidak terjerumus ke lembah maksiat. Dan janganlah membebankan mereka jika mereka ingin segera menikahi dengan memilih perkhawinan yang mengikut syariat. Itukan lebih baik?


Wahai anak-anak muda sekalian, jika anda sudah bertemu jodohmu lekaslah berjumpa walinya dan keluarga masing-masing. Percepatkanlah niat untuk membina Baitul Ummah. Jika kewangan masih belum mencapai tahap 'orang kaya', tak usahlah kalian bimbang. Sedangkan Allah telah berfirman:
" Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaanNya..."
(Surah An-Nur,ayat 32) 


Biar miskin harta tetapi kaya hati.  Jika anda kaya harta dan kaya hati- Ini adalah BONUS! Bersyukurlah. Dan, jika kalian masih juga belum mampu, diharap kalian dapat menjaga maruah dan kehormatan kalian sehingga Allah memampukan kalian. Seperti firman Allah di dalam surah An-Nur,ayat 33:
"....Dan orang-orang yang tidak mampu berkhawin hendaklah menjaga kesucian (diri) nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya....."


Jadi anda pilihlah yang mana akan anda ikuti? Nak ikut trend? Atau syariat? Dan yang mana anda mahukan? Keberkatan dari Allah SWT yang membawa hubungan ke syurga? Atau pujian-pujian manusia yang mewujudkan rasa riak dan boleh mengumpul saham ke neraka? Nauzubillah....


Pilihan ditangan anda (^^,)

No comments: