Tuesday, August 7, 2012

Berhenti sejenak dan renungkan siapakah kita di depanNYA?



Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku.

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.

Kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU???

[Kredit : Arbain Muhayat pada 09 June 2008]

Monday, April 9, 2012

Cinta? Diamkanlah...

Diam itu lebih baik. Itu yang ingin saya kongsikan pada post kali ini. Topik 'cinta' sangat famous dalam kalangan remaja. Jadi, saya mengambil peluang untuk berkongsi serba sedikit tentang cinta dan bagi saya, andai kita mencintai seseorang maka, diamkanlah. Serahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T.
Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya, bukan untukmu, redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu.
DIAM ITU LEBIH BAIK.
Diamku, bukan kerana membenci kehadirannya tetapi ingin menjaga kesuciannya. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.
Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa.
Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?
Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra?
Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin Allah S.W.T, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya."
Ramai yang berkata, jika kita diam, bagaimana si dia hendak tahu tentang perasaan kita?
Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh Allah S.W.T. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tetapi risaulah andai dirimu tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi dirimu.
Jika benar cinta itu kerana Allah S.W.T, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah S.W.T kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah S.W.T maka ia pun berhilir hanya kepada Allah S.W.T.
Tetapi, ingatlah..Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah S.W.T dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah S.W.T dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.
Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.
Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah.
Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh Allah S.W.T. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah S.W.T bukan di pandangan manusia.
Untuk Hawa..
Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.
Untuk Adam..
Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam.
Bisik hatiku:
"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."
"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."
Ya Allah...
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...

Penulisan oleh : Afifah Azlan

Friday, February 24, 2012

Adakah anda bersyukur terhadap Allah akan penglihatan diri?





Assalamualaikum & Salam Sejahtera,




Adakah anda bersyukur terhadap Allah akan penglihatan diri? 


 Seorang kanak-kanak lelaki yang buta sedang duduk di sebuah tangga disebuah bangunan dan terletaknya sebuah topi pada kakinya. Dia mengangkat sebuah tanda yang ditulisnya 'Minta tolong akan saya buta'. Cuma beberapa keping duit syiling yang terdapat didalam topi itu. Lalunya seorang lelaki, dia mengeluarkan sejumlah duit syiling dari dalam topi tersebut. Lelaki ini mengambil tanda kanak-kanak lelaki yang buta itu lalu menulis kata-kata dibelakangnya. Tidak lama kemudian, wang di dalam topinya membukit . Siang hari, lelaki tersebut kembali kepada kanak-kanak itu. Dia mengenal pasti akan bunyi tapak kakinya. Bertanya kanak-kanak buta itu, “Adakan kamu yang mengubah kata-kata di tanda ini?. Apakah yang kamu tulis pada tanda tersebut ?”. 


Jawabnya lelaki itu,  “Saya Cuma menyatakan kebenaran tetapi saya mengatakan kata-kata kamu dengan cara yang berbeza.” Lelaki tersebut menulis pada tanda itu , 'Indahnya hari namun saya tidak boleh melihatnya'.


Adakah tanda pertama dan kedua menyatakan perkara yang sama bagi anda? Sudah tentunya, kedua-dua tanda tersebut mengatakan bahawa kanak-kanak lelaki tersebut buta.Walau bagaimanapun,tanda pertama hanya menegaskan tentang kekurangan kanak-kanak lelaki itu. Tanda kedua menyentuh tentang keuntungan orang ramai yang mempunyai penglihatan yang sempurna.Adakah ini mengejutkan kita bahawa tanda kedua lebih mendatangkan kesan.


 “Adalah Dia , yang menciptakan bagimu, pendengaran (telinga), penglihatan (mata) dan hati (kefahaman). Sekadar itu kesyukuran yang diberikan.” (Surah Al-Mu’minun ;78)



Sunday, February 5, 2012

Khawin - Ikut trend atau syariat?




Perkhawinan adalah salah satu perkara yang dianjurkan dalam agama. Seperti firman Allah SWT didalam Surah An-Nur, ayat 32: "Dan khawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkhawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui."


A: Aku tengok kau dah lama bertunang dengan si dia. Bila nak kawin ni?
B: Kalau ikutkan perancangan kiteorang, memang nak cepat. Tapi masalahnya famili nak buat grand-grand...Mana nak cekau duit beb!


Dialog diatas salah satu fenomena yang kerap dibualkan dikalangan anak-anak muda yang sedang meniti untuk ke alam berumah tangga. Keinginan tu ada, cuma terhalang dengan pelbagai desakkan.  Sedangkan dalam Islam perkhawinan itu bukanlah sesuatu yang menyusahkan atau membebankan. Malah, Allah SWT sendiri berfirman:
"Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui."  


Jadi, apa yang dikatakan berkhawin itu susah? Rasanya rukun dan syarat sah berkhawin pun tidaklah serumit mana. Melainkan manusia sendiri yang merumitkan dan menyusahkan syarat-syarat tersebut. Tidak dinafikan ada segelintir keluarga atau ibubapa yang mahukan majlis perkhawinan anaknya dibuat secara besar-besaran. Sedangkan mereka sendiri tahu akan keupayaan anak mereka dan pasangan. Lebih-lebih lagi di zaman moden ini memerlukan belanja yang lebih untuk persiapan majlis yang besar.


Antara syarat-syarat tambahan (jika anda dari golongan yang mampu, sila abaikan):


>Nak buka kanopi disepanjang jalan.
>Nak buat kat hotel 5 bintang (bagi yang mampu tak apalah)
>Nak barang-barang hantaran yang dibeli kat Pavillion je. Kat chowkit,Kamdar,atau kat Masjid India akan di-reject! (Mak aihhh!)
>Nak cincin bertatah berlian yang di-import.
>Nak tempah kek 5 tingkat.
>Nak 10 persalinan baju.


Dan banyak lagilah permintaan pelik-pelik samada dari pihak keluarga,ibubapa atau pasangan itu sendiri. Aduiii....Rumitnya!


Ada lagi satu situasi dimana keluarga perempuan mahukan majlis dibuat besar-besaran, tetapi tidak mahu menyumbang sedikit wang pun dan mengharapkan belanja dari pihak lelaki. Begitu juga terjadi sebaliknya. Inilah salah satu faktor yang akan memberikan tekanan kepada pasangan terbabit. Mereka akan berasa tertekan dan sering berlakunya perbalahan. Ini akan menyebabkan hubungan yang diikat berkemungkinan akan goyah. Nauzubillah...


Namun, situasi sebegini tidak hanya keluarga/ibu bapa yang menjadi punca. Ada juga anak-anak muda itu sendiri yang menginginkan perkhawinan ala-ala artis, sedangkan ianya diluar kemampuan. Jika ada simpanan yang cukup mungkin tak menjadi masalah. Tetapi ianya akan menjurus kepada unsur-unsur riak pula. 


Kenapa berkhawin nak ikut trend?


Antara jawapan yang popular:
1. Alaa..barulah glamer skit!
(Dah kira riak dah ni. Jangan macam ni nanti tak berkat!)


2. Kawin kan sekali je seumur hidup. So, apa salah nya?
(Memang kawin tu sekali je seumur hidup.Tapi kalau boleh biarlah perkhawinan yang sekali seumur hidup ni akan mendapat keberkatan Allah supaya bahtera yang dibina akan berkekalan hingga ke syurga. Tiada bercerai berai dan tiada yang kali kedua...OK!)


3. Aku jeles la tengok majlis kawin si Minah tu. Aku nak buat lagi grand dari dia...
(Ni jenis perkhawinan atas dasar membalas dendam dan hasad dengki. Sila jauhkan dari berniat macam ni ye...)


Ingat! Perkhawinan itu tidak membebankan. Hanya manusia yang mencipta bebanan dan kesusahan di atas perkhawinan. Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana. Jangan lah kalian mengharapkan yang lebih dari kemampuan anakmu. Tak perlulah kalian nak menunjuk-nunjuk dengan saudara-mara atau orang sekeliling tentang majlis yang 'grand-grand'. Tak payahlah nak membuat perbandingan dengan orang-orang yang mampu. Bersyukurlah jika anak-anak kalian ingin berkhawin. Izinkanlah mereka agar tidak terjerumus ke lembah maksiat. Dan janganlah membebankan mereka jika mereka ingin segera menikahi dengan memilih perkhawinan yang mengikut syariat. Itukan lebih baik?


Wahai anak-anak muda sekalian, jika anda sudah bertemu jodohmu lekaslah berjumpa walinya dan keluarga masing-masing. Percepatkanlah niat untuk membina Baitul Ummah. Jika kewangan masih belum mencapai tahap 'orang kaya', tak usahlah kalian bimbang. Sedangkan Allah telah berfirman:
" Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaanNya..."
(Surah An-Nur,ayat 32) 


Biar miskin harta tetapi kaya hati.  Jika anda kaya harta dan kaya hati- Ini adalah BONUS! Bersyukurlah. Dan, jika kalian masih juga belum mampu, diharap kalian dapat menjaga maruah dan kehormatan kalian sehingga Allah memampukan kalian. Seperti firman Allah di dalam surah An-Nur,ayat 33:
"....Dan orang-orang yang tidak mampu berkhawin hendaklah menjaga kesucian (diri) nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya....."


Jadi anda pilihlah yang mana akan anda ikuti? Nak ikut trend? Atau syariat? Dan yang mana anda mahukan? Keberkatan dari Allah SWT yang membawa hubungan ke syurga? Atau pujian-pujian manusia yang mewujudkan rasa riak dan boleh mengumpul saham ke neraka? Nauzubillah....


Pilihan ditangan anda (^^,)

BIODATA Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum,


Sempena sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M, ingin berkongsi serba sedikit latar belakang Rasulullah yang kita cintai dan jangan lupa memperbanyakkan selawat ke atas baginda mudah-mudahan kita semua akan beroleh syafaat di akhirat kelak. 



BIODATA RASULULLAH SAW



Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim


Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)


Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah


Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim


Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf


Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)


Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)


Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.


USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.


USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.




Copy from Facebook Oh!Media 

Saturday, December 17, 2011

Jika Kamu Mengetahui....


Sering kali kita mendengar di penghujung firman Allah swt ada mengatakan "...Lebih baik jika kamu mengetahui" Jadi, terdapat sebuah kisah yang boleh di jadikan iktibar dengan membawa maksud firman tersebut.


     Pada suatu pagi yang indah dan tenang, di dalam sebuah bas kelihatan suasana begitu aman dan damai. Para penumpang di dalam bas asyik dengan hal masing-masing. Ada yang sedang kusyuk membaca, ada yang sedang menikmati permandangan luar sambil mendengar lagu menggunakan earphone dan ada juga yang terlena. Tiba di sebuah perhentian bas, maka naik lah seorang lelaki tua bersama dua orang anak lelaki nya yang yang berusia lingkungan 5 tahun dan 7 tahun.
Keadaan yang tadi nya begitu tenang dan aman damai, kini menjadi hinggar-binggar dengan kehadiran lelaki tua itu bersama anak-anak nya. Anak-anak lelaki tua itu mula membuat bising dengan berlari-lari di dalam bas dan mula menganggu peumpang-penumpang yang ada. Mereka menjadi kurang senang dan berasa amat terganggu dengan kehadiran kanak-kanak itu. Apa yang membuatkan mereka menjadi semakin berang apabila melihat lelaki tua itu yang juga bapa kepada kanak-kanak tersebut hanya duduk berdiam diri tanpa menegur tindakkan anak-anak nya itu.
Kemudian, ada seorang pemuda yang turut berasa marah dan kurang senang dengan suasana yang sejak tadi nya tenang kini semakin kecoh. " Hish, pakcik ni buat tak tau je anak-anak dia bising dan menganggu orang lain! " Bentak hati kecil nya. Dia mula berkira-kira sendiri samada mahu menasihati lelaki tua itu atau membiarkan keadaan yang hinggar binggar itu terus berlaku. Setelah beberapa minit berfikir, dia membuat keputusan untuk menegur lelaki tua itu.
" Pakcik, kenapa pakcik biarkan anak-anak pakcik membuat bising dan menganggu penumpang-penumpang di dalam bas ni? Semua orang kurang senang dengan anak-anak pakcik," Tanya pemuda itu dengan penuh berhemah walaupun tegas bunyi nya.

Lelaki tua itu mengeluh perlahan, lalu menjawab," Pakcik bukan tak mahu menegur mereka. Tapi sebenarnya pakcik serba-salah,"

"Kenapa pula serba salah pakcik?" Pemuda itu berasa hairan.

"Untuk pengetahuan kamu, ibu mereka sudah seminggu di masukkan ke hospital kerana menghidapi penyakit yang kronik. Mereka tidak di benarkan berjumpa dengan ibu mereka sepanjang tempoh seminggu itu. Oleh kerana rindu, mereka menjadi murung dan tidak mahu makan. Dan semalam, pihak hospital menelefon pakcik dan mengatakan bahawa mereka di benarkan untuk bertemu dengan ibu mereka. Bila pakcik sampaikan berita itu, mereka sungguh gembira dan kembali ceria. Pagi-pagi lagi mereka sudah bangun lebih awal dari pakcik dan tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan ibu mereka . Tapi..sewaktu pakcik dan anak-anak pakcik tu keluar dari rumah, pakcik dapat satu lagi panggilan dari pihak hospital...mereka mengatakan bahawa isteri pakcik iaitu ibu kepada mereka sudah pun pergi meninggalkan kami bertiga..Cuba kamu fikir, jika kamu di tempat pakcik, tergamak kah kamu untuk menjelaskan berita itu kepada mereka? " Jelas lelaki tua itu lalu bola mata nya memandang ke arah anak-anak nya lalu mengesat mata nya yang mula berair.

Pemuda itu terkedu dan terdiam seribu bahasa. Hati nya pula di terjah rasa sebak dan terharu. Timbul penyesalan di hati nya kerana bersangka buruk terhadap lelaki tua itu.
Kini baru lah dia mengerti, kenapa lelaki tua itu bertindak dengan membiarkan saja anak-anak nya melayani perasaan gembira mereka. Dia juga berfikir , jika dia berada di tempat lelaki tua itu, mungkin dia juga menjadi serba salah dan akan membuat tindakkan yang sama.

Moral dari cerita: Jangan lah bersangka buruk terhadap orang lain jika kamu belum mengetahui hal yang sebenar. Jika berasa ragu-ragu terhadap sesuatu perkara, harus lah kamu selidik terlebih dahulu sebelum membuat andaian melulu.

* Cara penceritaan kisah ini mungkin tidak sama dengan cara penceritaan kisah yang asal (sumber asal) atau daripada pencerita sendiri kerana terdapat sedikit olahan  mengikut  pemahaman penulis daripada penyampaian lisan  si pencerita.

Kredit to K.Raf, kisah yang di sampaikan macam terkena atas batang hidung sendiri....kuang! kuang! kuang! 




StOryTeller by:  Rafizah Osman (K.Raf)
in 2nd Meeting of eMarketing 15th Dec 2011


Sunday, October 23, 2011

Harga segelas susu




Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman nya.Dia 
berjalan sambil membawa barang-barang. Tiba-tiba, sekumpulan pencuri datang untuk merompak nya.Dia 
cuba melawan dan melepaskan diri daripada kumpulan pencuri itu. Namun dia bernasib baik kerana diri nya 
tidak diapa-apakan. Malang nya, kesemua barang-barang yang dibawa berjaya dilarikan pencuri.Walaupun 
begitu, pemuda tersebut tidak berputus asa. Dia meneruskan perjalanan nya dengan sehelai sepinggang.Bila 
lapar atau dahaga, dia makan saja pucuk-pucuk daun dan minum air-air sungai. 


Sedang dalam perjalanan, dia ternampak sebuah rumah. Dia terus mendekati rumah itu. Setiba nya dia dirumah itu, kelihatan ada seorang budak perempuan dan didahi nya terdapat tanda lahir. Memandangkan dia keletihan dan sangat dahaga, dia meminta segelas air untuk diminum. Budak perempuan tersebut segera masuk ke dalam kemudian dia keluar semula dengan membawa segelas susu, kerana pada pandangan budak perempuan itu susu lebih mengenyangkan dan dapat memberikan sedikit tenaga. Pemuda itu sangat gembira dan bersyukur kerana diberikan susu.


Pemuda itu sempat membersihkan diri di rumah budak perempuan tersebut. Pabila badan nya kembali segar 
dan bertenaga, dia ingin meneruskan perjalanan nya untuk segera pulang ke kampung halaman. Tetapi sebelum itu, dia sempat bertanya kepada budak perempuan itu.
" Berapa harga untuk segelas susu tadi?"
" Mak dengan ayah saya kata, setiap kebaikkan yang kita buat jangan mengharap kepada balasan, " Jawab 
budak permpuan tersebut. Lelaki itu tersenyum lalu mengucapkan terima kasih.



Beberapa tahun sudah berlalu, pemuda tersebut berjaya menjadi seorang doktor di sebuah hospital di kampung nya. Pada suatu hari, dia mendapati ada salah seorang  daripada pesakit nya adalah seorang budak perempuan. Dia melihat budak itu dan mengenali nya. Ini kerana, budak perempuan tersebut mempunyai tanda lahir di dahi dan ianya sama dengan budak perempuan yang pernah dijumpai nya suatu ketika dulu. 
Budak perempuan itu menghidapi penyakit yang agak serius. Hanya melalui pembedahan dapat menyelamatkan nya. Lalu pembedahan dijalankan dan budak perempuan itu pun selamat.


Selepas sebulan berlalu, pemuda tersebut mengira bil-bil perubatan untuk setiap pesakit nya. Bil-bil tersebut akan dihantar ke rumah pesakit-pesakit supaya mereka dapat menjelaskan baki yuran perubatan mereka. 
Budak perempuan itu juga menerima bil perubatan nya di rumah. Dia amat takut kerana dia yakin pasti nya 
jumlah pembayaran adalah sangat tinggi dan dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk membayar nya. 
Dia menangis sambil membelek sehelai demi sehelai helaian bil tersebut. Hinggalah di muka surat yang terakhir. Dia mendapati ada tulisan yang bertulis, ' BIL INI SUDAH DIBAYAR DENGAN SEGELAS SUSU ' Maka dengan ini, ketahui lah dia bahawa doktor yang telah merawat nya tempoh hari adalah pemuda yang pernah diberinya minum dengan segelas susu. Budak perempuan itu pun tersenyum gembira dan mengucapkan syukur.



Moral dari cerita: 
Setiap kebaikkan yang kita lakukan jangan lah mengharapkan apa-apa balasan. Kelak, tanpa kita sedari 
balasan daripada setiap kebaikkan yang kita lakukan dengan ikhlas itu akan kita perolehi walaupun, ianya kecil tetapi bermanfaat untuk kita. (^^,)/

StOryTeller by: Pn. Ainul Naim (Naimah Hj. Talib)
in 1st Meeting of eMarketing 21st Oct 2011